Jumlah penduduk terjejas banjir di Pantai Timur terus meningkat dengan 1,019 penduduk daripada 230 keluarga.

Ia berbanding 635 penduduk daripada 131 keluarga, petang semalam.

Di Pahang, Maran dan Raub turut dinaiki air susulan hujan yang tidak henti-henti menyebabkan seramai 336 penduduk terjejas banjir kini ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Kelantan, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS terus menunjukkan peningkatan kepada 786 orang daripada daripada 167 keluarga berbanding 542 orang petang semalam.

Mereka di tempatkan di 10 PPS iaitu enam di Kuala Krai, dua di Gua Musang dan masing-masing satu di Jeli dan Tanah Merah.

Gua Musang menunjukkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 563 orang melibatkan 209 keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini