Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka, Perak, Pahang dan Selangor menunjukkan penurunan .

Jumlah mangsa banjir di Kelantan juga terus berkurangan.


Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di 288 PPS di Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur setakat pukul 10 pagi tadi adalah seramai 44, 632 orang.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir menurun kepada  74  mangsa daripada 17 keluarga .

Di Perak, jumlah mangsa banjir di negeri itu mencatatkan penurunan lagi kepada 99 mangsa daripada 25 keluarga berbanding 111 orang daripada 30 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di Daerah Hilir Perak.

Di Pahang, menurut Info Bencana JKM merekodkan penurunan bilangan mangsa banjir pagi ini  apabila 25,325 orang ditempatkan di 179 PPS daripada 29,611 orang di 212 PPS petang semalam.

Jumlah daerah yang dilanda banjir kekal sembilan iaitu Kuantan, Maran, Jerantut, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Pekan.

Di Selangor, Info Bencana JKM  memaklumkan jumlah mangsa banjir pada pagi ini menurun kepada 17,504 orang di 90 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Sementara itu Jumlah mangsa banjir di Kelantan turun menurun kepada 862 orang daripada 278 keluarga   ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang kesemuanya dibuka di Jajahan Pasir Mas, setakat 10 malam tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini