Trend semasa banjir di Sabah menunjukkan penurunan.

Setakat 8 pagi tadi, hanya 55 orang daripada 15 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara, berbanding 202 penduduk malam tadi.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah penduduk terjejas di PPS Telupid berkurang daripada 183 kepada 35 penduduk daripada 11 keluarga.

Mereka ditempatkan di Dewan Kampung Maau dan Masjid Kampung Gana Jati.

Di daerah kecil Paitan, hanya 20 orang melibatkan empat keluarga berlindung di PPS SMK Pamol.

Malam tadi, empat PPS di Telupid ditutup iaitu PPS Dewan Kg Bakong-Bakong, Dewan Kg Rancangan Nangoh, Dewan Kg Bambangan dan Dewan SK Ulu Sapi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini