Jumlah penduduk terjejas banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan.

Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 2,225 berbanding 1,968 pukul 12 malam tadi dan telah dipindahkan ke 51 PPS.

18 PPS dibuka di Kemaman, 7 di Setiu, masing-masing 11 di Hulu Terengganu dan Besut serta 4 di Dungun.

Angkatan Pertahanan Awam juga turut membantu proses pemindahan 19 pesakit COVID-19 ke PPS khas di Sekolah kebangsaan Menerong, Hulu Terengganu.

Di Kelantan pula 20 PPS telah dibuka.

Penduduk terjejas banjir di Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli pagi ini meningkat kepada 835 orang daripada 232 keluarga, berbanding 400 orang daripada 113 keluarga pada pukul 9 malam tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini