Setakat jam 12.20 tengah malam tadi, jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), bertambah kepada 42,564 orang di seluruh negara.

Pahang kekal jumlah tertinggi penduduk terjejas dengan melibatkan 24,944 orang daripada 6,657 keluarga.

Sebanyak 230 PPS juga masih dibuka.

Di Selangor pula, seramai 11,598 penduduk daripada 4,318 keluarga direkodkan dan ditempatkan di 74 PPS.

Kelantan pula menjadi negeri ketiga terkesan banjir melibatkan 3,737 penduduk daripada 1,086 keluarga.

Sebanyak 57 PPS juga masih lagi dibuka.

Di Melaka, seramai 751 penduduk terjejas melibatkan 165 keluarga di 11 PPS manakala di Kuala Lumpur, seramai 526 penduduk daripada 463 keluarga masih terjejas dan ditempatkan di 3 PPS.

Di Negeri Sembilan pula menyaksikan 484 penduduk daripada 105 keluarga masih berada di 12 PPS manakala 288 penduduk daripada 68 keluarga di Terengganu masih ditempatkan di 7 PPS.

Sementara itu, Perak menjadi negeri terbaharu terjejas banjir dengan merekodkan 236 penduduk daripada 64 keluarga ditempatkan di 3 PPS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini