Jumlah penerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun ini dijangka mencecah 550,000 orang berbanding 517,414 penerima bantuan tahun lepas.

Jelas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, jangkaan pertambahan penerima itu selaras dengan keputusan kerajaan menaikkan kelayakan pemohon bantuan kebajikan.

Paras Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KPWKM di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini