Program Selvax Booster akan turut dilaksanakan di beberapa lokaliti tertentu berdasarkan permintaan ahli-ahli dewan negeri selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud bagaimanapun berkata, jumlah bagi penerima dos ketiga vaksin melalui program Selvax Booster itu masih belum dapat diperolehi memandangkan program tersebut baharu sahaja bermula.

Beliau bercakap dalam sidang dewan negeri selangor. Sebanyak 157,000 dos penggalak COVID-19 diberikan secara percuma kepada penduduk di Selangor di bawah Program Selvax Booster.

Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan untuk mendaftar terlebih dahulu melalui aplikasi SELangkah untuk mendapatkan dos penggalak tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini