Jumlah pengeluaran dan pendaftaran Perodua dijangka meningkat pada September apabila keadaan kembali normal. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad bekata, Perodua mendaftarkan 6,988 unit pada Ogos berbanding 655 unit pada Julai.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, angka tersebut dicatat berikutan peningkatan produksi dan pembukaan pusat jualan secara beransur-ansur sejak 16 Ogos lalu. Pengeluaran kenderaan dan penambahbaikan prosedur operasi turut akan dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan.

Perodua masih memperoleh bekalan mencukupi untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar tahun ini. Pendaftaran kenderaan Produa mengalami penurunan sebanyak 12.5% antara Januari dan Ogos tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini