Pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi didakwa atas tuduhan melakukan penipuan semasa pilihan raya umum 2020.

Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan, 15 lagi individu turut berdepan tuduhan sama.

Ini termasuk bekas Presiden, Win Myint dan pengerusi suruhan jaya pilihan raya.

Bagaimanapun, tarikh perbicaraan tidak dinyatakan.

Pada pilihan raya tahun lalu, parti pimpinan Suu Kyi, Liga Demokrasi Kebangsaan, (NLD) menang besar.

Pemantau antarabangsa mengiktiraf pilihan raya itu sebagai bebas dan adil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini