Junta Myanmar menolak sebarang perbincangan dengan kumpulan anti kudeta termasuk anggota kerajaan Aung San Suu Kyi yang digulingkan. Ia susulan seorang penyokong Junta menyifatkan dialog perlu dibuat bagi menyelamatkan negara itu.

Jurucakap Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP) sekutu kepada tentera menyeru agar semua pihak duduk semeja untuk mencari jalan keluar kepada krisis. Bagaimanapun ia ditolak mentah-mentah dengan alasan bahawa keadaan di Myanmar masih terkawal.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap perang saudara yang mungkin tercetus dan bencana kemanusiaan setelah hampir sembilan bulan rampasan kuasa berlaku.

Sehingga kini sebanyak 1,100 nyawa terkorban dalam beberapa siri tindakan keras tentera setelah kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan Suu Kyi mengalahkan USDP didakawa diperoleh daripada penipuan.

Baru-baru ini, setelah dikecam hebat masyarakat antarabangsa, Junta melepaskan 5,000 tahanan yang dikaitkan dengan protes namun ditangkap dan dipenjarakan semula.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini