Jurang pembangunan yang besar antara negeri perlu ditangani bagi mencapai objektif Keluarga Malaysia yang makmur dan muhibah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini terutamanya isi rumah di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah yang merekodkan kemajuan perlahan dalam sektor pekerjaan dan pendapatan berbanding negeri lain.

Kementeriannya turut melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia, yang menggunakan pendekatan inovatif bagi menangani isu kemiskinan.

Fasa pertama program merangkumi 80 lokaliti dengan tumpuan utama diberikan kepada negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi. Beliau berucap pada pelancaran Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia Jun 2022 oleh Bank Dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini