Satu perlawanan bola sepak divisyen tiga Liga Argentina gempar selepas satu tembakan dilepaskan ketika perlawanan antara kelab Huracan Las Heras dan Ferro Carril Oeste.

Tembakan yang dipercayai dilepaskan dari tempat duduk penonton itu telah mencederakan ketua jurulatih Ferro, Mauricio Romero.

Jurucakap Kelab itu berkata, keadaan Romero kini sudah stabil selepas dia dikejarkan ke hospital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini