Seorang juruteknik swasta berjaya berjalan kaki sejauh 290 kilometer merentas Selangor, Pahang dan Kelantan untuk pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan.

Mohd. Syahrizal Harun, 40 tahun, atau lebih dikenali sebagai Mat yang bekerja di Kuala Lumpur memerlukan empat hari untuk tiba ke kampungnya.

Mat mengakui pandemik COVID-19 membuatkannya sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung.

Katanya, sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri oleh
kerajaan, dirinya mempunyai cara sendiri untuk pulang ke kampung iaitu dengan berjalan kaki sebagai tanda kesyukuran.

Beliau ditemui pemberita di Hentian Gua Musang. Sebelum itu, kepulangan Mat ke Gua Musang disambut Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail bersama ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini