Penyanyi Justin Bieber mendedahkan dia mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.

Susulan itu, penyanyi berusia 28 tahun itu mengumumkan pembatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

Beliau kini dalam jelajah Justice di Amerika Utara dan telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.

Menurutnya, dia dijangkiti sindrom Ramsay Hunt selepas virus merosakkan saraf di bahagian telinganya.

Perkara itu didedahkan menerusi muat naik video di akaun Instagramnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini