Jutaan ekor belalang ‘menawan’ Pulau Sardinia di Itali ketika ini.
Ia dicatatkan sebagai serangan terburuk dalam tempoh 60 tahun.
Kumpulan besar belalang berkenaan memusnahkan tanaman dan memasuki kediaman di kawasan Ottana dan Oran di tengah wilayah Nuoro. Menurut laporan, lebih 2-ribu hektar tanah ladang dimusnahkan serangga terbabit. Serangan itu dikaitkan dengan kenaikan suhu selepas cuaca sejuk selama berbulan-bulan di pulau tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini