Selepas lebih 1 dekad, jutawan Jepun, Yusaku Maezawa bakal menjadi pelancong pertama dibawa ke angkasa lepas. Taikun berusia 45 tahun itu akan ke ISS untuk misi 12 hari, bersama pembantunya Yozo Hirano.

Maezawa akan menjadi pelancong angkasa pertama yang melakukan perjalanan ke ISS bersama Roscosmos, sejak Guy Laliberte dari Kanada pada 2009.

Pengasas pusat beli-belah dalam talian terbesar Jepun dan orang terkaya ke-30 di negara itu, merancang untuk mendokumentasikan perjalanannyadi media sosial. Maezawa tiba di Kazakhstan pada hari Jumaat untuk latihan sebelum penerbangannya ke Stesen Angkasa Antarabangsa dengan kapal angkasa kendalian Rusia.

Misi Maezawa sebagai penutup tahun ini, selepas menyaksikan beberapa perjalanan angkasa lepas diselesaikan oleh angkasawan bukan profesional. Oktober lalu, Roscosmos telah menghantar seorang pelakon dan pengarah ke ISS yang menghabiskan 12 hari bagi penggambaran adegan filem pertama di orbit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini