Sarawak diakui berada di hadapan dalam usaha mencapai status ekonomi digital sepenuhnya pada 2030. Status itu mampu dicapai lebih awal dengan komitmen tinggi Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menyediakan pelan tindakan digital yang jelas serta prasarana-prasarana komunikasi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia,Tan Sri Annuar Musa turut memberitahu atas aspek kesediaan serta kemampuan pentadbiran Sarawak, Kerajaan Persekutuan sedia memastikan seluruh negeri mempunyai prasarana jalur lebar yang baik selain menjadi negeri terawal menerima jaringan 5G.
 
Dengan kedudukan geografi yang strategik, kerajaan persekutuan merancang untuk membangunkan lebih banyak kabel dasar laut dan ‘landing point’ di Sarawak.
 
Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain perlu mengikut langkah Sarawak yang sangat komited dalam menyediakan kemudahan bagi memberi peluang lebih ramai golongan muda menceburi Bidang perniagaan berasaskan digital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini