Kabin menara komunikasi, Menara Felda Seberang Tayor, Kemaman terbakar, semalam.

Susulan itu, MCMC memaklumkan, kerja membaikpulih sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada Isnin depan.

MCMC memberitahu, kebakaran melibatkan sebuah menara komunikasi milik Desabina Industries Sdn Bhd yang digunakan oleh syarikat telco Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Punca kebakaran di kabin menara komunikasi berkenaan masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini