Kabinet baharu kerajaan Thailand akan mengangkat sumpah jawatan hari ini sekaligus membubarkan Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara NCPO.Dengan pembubaran itu, Thailand kini akan ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan awam dipilih menerusi proses demokratik.Menteri baharu Thailand dijadual mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn di Dewan Amphorn Sathan.Kerajaan baharu pimpinan Parti Palang Pracharath ini terdiri daripada gabungan 19 parti yang menang besar pilihan raya umum Thailand 24 Mac lalu.Selepas mengangkat sumpah, mesyuarat kabinet pertama akan diadakan bagi membincangkan usul berkaitan dasar yang akan dibawa ke Parlimen bagi sidang 25 hingga 27 Julai ini.Ia merangkumi dasar rangsangan ekonomi jangka pendek, penghapusan ketaksamaan sosio ekonomi dan mencari jalan menyelesaikan masalah ekonomi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini