Kadar bantuan untuk keluarga miskin dan orang kurang upaya (OKU) melibatkan beberapa skim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan.

Ia termasuk bantuan kanak-kanak daripada RM100 kepada RM150  dan maksimum RM1,000 untuk satu keluarga.

Bantuan penjaga OKU terlantar pula dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

Manakala bantuan OKU tidak berupaya bekerja meningkat kepada RM300, berbanding RM250 sebelum ini.

Elaun pekerja OKU pula ditambah RM50, menjadi RM400, sementara kenaikan bantuan warga emas daripada RM350 kepada RM500.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Yusoff menjawab pertanyaan wakil Kulai, Teo Nie Ching.

Datuk Siti Zailah turut meminta orang ramai membuat laporan kepada JKM, sekiranya berdepan masalah berkaitan permohonan bantuan.

Tindakan segera bakal diambil untuk mempercepat dan melancarkan proses permohonan dan kelulusan bantuan kepada individu layak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini