Kadar bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan bagi pengambilan Pembantu Rumah Asing kali pertama adalah rendah iaitu RM1,136.

Jumlah itu merangkumi kadar bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran Pas, wang jaminan dan beberapa bayaran lain.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, penjelasan kadar bayaran itu bagi menjawab isu kos pengambilan pembantu rumah asing yang didakwa terlalu tinggi.

Majikan juga bebas memilih pembantu rumah asing dari Filipina, Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal dan Laos.

Ini kerana negara sumber yang dibenarkan bagi sektor berkenaan adalah tidak terhad. 

Namun, setiap pengambilan perlu mematuhi syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan. 

Sehingga 31 Disember 2021, terdapat 88,173 Pembantu Rumah Asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini