Kadar faedah pembayaran kembali hutang kerajaan United Kingdom meningkat susulan kenaikan inflasi tertinggi negara itu dalam tempoh empat dekad.

Bayaran berjumlah 7.6 bilion pound sterling dibuat pada Mei iaitu 70 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan.. jumlah itu adalah ketiga paling tinggi direkodkan dalam sejarah.

Kerajaan UK gagal mengelak daripada membayar angka berkenaan susulan kenaikan inflasi.

Dalam pada itu, jumlah bersih pinjaman kerajaan setakat bulan lalu turun kepada 14 bilion pound berbanding 18 bilion tahun sebelumnya.

UK bergelut dengan kadar inflasi sebanyak 9.1 peratus iaitu tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini