Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kadar inflasi sebanyak 2.3 peratus bagi tempoh Januari hingga September 2021 berbanding negatif 1.5 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata peningkatan itu didorong oleh kenaikan dua digit dalam kumpulan pengangkutan iaitu 11.8 peratus berikutan penetapan harga siling petrol RON95 kepada RM2.05 sen seliter sejak Mac 2021.


Ini diikuti dengan peningkatan indeks perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain sebanyak 1.8 peratus manakala indeks makanan dan minuman bukan alkohol 1.3 peratus .

Beliau memaklumkan demikian pada sesi pertanyaan lisan Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini