Kadar inflasi bagi pembuatan barangan di China turun kepada 6.4 peratus pada Mei berbanding 8.0 peratus bulan sebelumnya.

Ia merupakan penurunan paling rendah untuk tempoh setahun.

Angka itu dimaklumkan Biro Statsitik Kebangsaan.

Keadaan membuktikan kelancaran rantaian bekalan di sektor-sektor utama.

Penurunan itu menyaksikan indeks harga pengguna naik kepada 2.1 peratus.

Bagaimanapun harga beberapa barang asas makanan naik seiring permintaan tinggi global.

Kadar inflasi China dijangka akan lebih stabil selepas ketidak tentuan harga pasaran minyak global berakhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini