Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kadar jangkitan Omicron yang lebih tinggi di seluruh dunia, boleh mengakibatkan kesan sebaliknya.

Pegawai Kanan Kecemasan WHO di Eropah, Catherine Smallwood berkata ia boleh meningkatkan risiko kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya.

Eropah merekodkan lebih 100-juta kes COVID-19 sejak pandemik bermula dan lebih 5-juta kes baharu dicatatkan minggu lalu.

Katanya, rantau itu berada dalam fasa berbahaya yang menyaksikan kadar jangkitan lebih tinggi di Eropah Barat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini