Situasi itu menekankan krisis demografi di Beijing disebabkan tenaga kerja yang semakin menua, prestasi ekonomi hambar dan pertumbuhan penduduk paling lemah dalam masa berpuluh-puluh tahun.

Menerusi data Banci Tahunan 2021, China mencatatkan 8.52 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk iaitu kadar terendah sejak perangkaan tahunan itu dimulakan pada 1978.

Selain itu, banci tersebut turut mendedahkan jumlah perkahwinan yang didaftarkan pada 2020 mencecah jumlah terendah dalam masa 17 tahun, dengan hanya 8.14 juta pasangan berkahwin pada tahun lalu.

China melonggarkan dasar satu anak salah satu daripada perancangan keluarga paling ketat di dunia pada 2016 bagi membolehkan pasangan untuk mempunyai dua orang anak. Pada awal tahun ini, ia diperluaskan kepada tiga orang anak namun perubahan itu gagal menghasilkan jumlah kelahiran tinggi seperti diharapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini