Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL yang dijadualkan siap Disember 2026 sudah mencapai tahap kemajuan keseluruhan 25.09 peratus setakat Oktober. Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah optimis, projek mega melibatkan rangkaian rel sepanjang 665 kilometer itu akan siap sepenuhnya seperti disasarkan.

Pembinaan projek ECRL di Pahang telah mencatatkan kemajuan lebih 28 peratus setakat ini, dengan pembinaan struktur utama seperti terowong dan jambatan berjalan lancar. Manakala kerja-kerja pengorekan bagi Terowong Gambang sepanjang 608 meter telah mencapai tahap kemajuan 360 meter. Ia dijangka akan mencapai penembusan pada suku pertama tahun hadapan. 

Kerja-kerja pembinaan cerucuk dan tiang bagi jambatan sepanjang 3.88 km di Paya Besar juga, berjalan dengan baik. Apabila siap kelak, ia membolehkan ECRL melintasi kawasan berisiko banjir serta menyeberangi Sungai Kuantan dan Jalan Kuantan Sungai Lembing.

Projek yang merangkumi stesen penumpang dan kargo itu juga dilaksanakan dengan teliti. Pelbagai teknik dan teknologi digunakan bagi meminimumkan penebangan hutan, sekaligus melestarikan alam sekitar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini