Kadar kos menunaikan ibadah haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata beliau tidak menolak kemungkinan kadar itu meningkat, susulan ketetapan dari kerajaan Arab Saudi yang menaikkan Cukai Nilai Tambah(VAT) sehingga 15 peratus.

Malah, perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan akibat penularan pandemik COVID-19  juga dijangka akan meningkatkan pertambahan kos.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata kerajaan menyediakan bantuan subsidi kepada individu yang ingin menunaikan haji. Namun, beliau berkata, kadar sebenar akan diketahui tidak lama lagi termasuk senarai nama-nama mereka yang terpilih menunaikan haji.

Jelasnya, kerajaan akan terus mengekalkan subsidi haji, dengan kadar dan jumlah ditetapkan berdasarkan kewangan semasa tabung haji.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Klinik Rohani di Tampin, Negeri Sembilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini