Kadar liputan jalur lebar mudah alih yang ketika ini berada pada tahap 93 peratus akan dipertingkat sehingga 98 peratus.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini akan dicapai apabila fasa satu Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menelan belanja kira-kira RM700 juta siap tahun depan.

Di bawah fasa satu dan dua JENDELA, lebih 4,400 titik kehadiran  (POP), seperti menara komunikasi dan capaian gentian fiber optik akan di siapkan menjelang tahun 2025.

Dengan langkah berkenaan, rangkaian 4G dapat diterima hampir semua rakyat dengan lebih stabil dan menyeluruh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini