Liputan jalur lebar mudah alih yang lebih baik dijangka dapat dimanfaat oleh penduduk Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu Kedah dengan siapnya sebuah menara baharu di kawasan itu akhir tahun ini.

Pembinaan menara tersebut dirancang di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ia  dibina  pada jarak lebih kurang satu kilometer dari kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan  Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal  Pengguna Kedah,  Romani Wan Salin  dalam kenyataannya menjelaskan,  penduduk bakal menikmati kualiti capaian Internet yang lebih baik dan sekaligus memperbaiki taraf hidup  mereka.

Beliau mengulas aduan penduduk  yang disiarkan melalui sebuah media tempatan semalam berkaitan capaian internet yang lemah di kawasan itu.
 
Tindakan segera diambil oleh  Jawatankuasa Komunikasi dan  Multimedia Kedah menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan  Multimedia Malaysia SKMM dengan menyantuni wakil penduduk di kampung berkenaan bagi  menyelesaikan aduan yang dikemukakan.
 
Tambahnya, SKMM akan terus memantau pelaksanaan  projek berkenaan yang dijangka bermula Mac ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini