Kadar dasar semalaman, OPR diramal naik 50 mata asas.

Sekiranya dilaksana, ia bakal meningkat kepada 2.50 peratus.

Menurut AmBank Research, perkara itu dijangka diputuskan pada mesyuarat dasar monetari bulan hadapan.

Ramalan dibuat firma penyelidikan itu berdasarkan keadaan semasa. Ia turut mengunjurkan  inflasi keseluruhan negara berada antara 2.8 peratus dan 3.0 peratus tahun ini.