SME Bank menyemak Kadar Pembiayaan Asas, BFR sebanyak 25 mata asas kepada 6.45 peratus.

Kadar baharu tersebut akan berkuat kuasa 1 Jun ini, susulan semakan semula Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Aria Putera Ismail berkata, kali terakhir BFR itu disemak pada Julai 2020 dengan kadar 6.20 peratus.

Katanya, semakan terbaharu itu tidak mengubah tempoh pembiayaan pelanggan.

Manakala jumlah ansuran akan diteliti semula sewajarnya.

Sementara itu, SME Bank sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha mengurangkan impak semakan semula OPR ke atas PKS.

Pelbagai kemudahan pembiayaan khusus dan program kewangan turut disediakan di bawah Bajet 2022 seperti Dana Usahawan Muda 2.0 berjumlah RM100 juta dan Dana Kemudahan Permodalan Semula SME sebanyak RM200 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini