Kadar pengangguran di Johor turun kepada 3.2 peratus bagi tempoh Januari tahun lalu hingga suku pertama tahun ini.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, bilangan penganggur di negeri itu turut mencatatkan penurunan kepada 58,600 orang pada suku pertama tahun ini.

Jelas beliau, pelbagai inisiatif digerakkan bagi tujuan hebahan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor menerusi agensi berkaitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini