Kadar pengangguran di Malaysia, turun kepada 3.9 peratus, April lalu.

Ia merupakan kadar pengangguran dibawah empat peratus yang pertama direkodkan, sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada Mac 2020.

Kenyataan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan, trend pengangguran menurun untuk sembilan bulan berturut-turut.

Aktiviti ekonomi terus berkembang berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa mulai 1 April 2022.

Hasilnya, kedudukan tenaga buruh terus mengukuh dengan peningkatan 0.4-peratus bulan ke bulan kepada 16.50 juta orang.

Trend penduduk bekerja kekal positif dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.5 peratus dengan jumlah tenaga kerja 15.85 juta, pada tempoh sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini