Kadar pengangguran di Melaka menunjukkan trend penurunan dengan 14,200 orang atau 3.1 peratus direkodkan pada suku keempat pada 2021 berbanding suku pertama tahun sama iaitu 15,700 orang atau 3.6 peratus.

Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata pelbagai intervesi telah dilakukan bagi membantu golongan berkenaan kembali bekerja termasuk bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Antara langkah, melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan, memberi faedah berbentuk kewangan dan pencarian kerja serta pelbagai elaun seperti Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Bekerja Awal, Elaun Pendapatan dan Elaun Latihan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini