Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara mula mencatat bacaan 1.0 pada Jumaat lepas. Data itu berdasarkan jangkaan kes harian pada hari sebelumnya, iaitu lebih kurang lima minggu selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi catatan di Facebook memaklumkan, nilai R-naught 1.0 bermakna bagi setiap individu yang dijangkiti COVID-19, seorang lagi individu akan dijangkiti virus tersebut.

Keadaan ini sangat berisiko dan berpotensi menyebabkan peningkatan kes mendadak jika penularan jangkitan tidak diatasi sebaiknya. Justeru, langkah pengawalan perlu segera diambil termasuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 primer dan penggalak bagi mencegah penularan virus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini