Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau kemasukan kes COVID-19 ke hospital dan pelbagai indikator lain susulan peningkatan kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kepada nilai 1.0.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya juga meminta orang ramai supaya hadir bagi mendapatkan dos penggalak selepas diberi tarikh janji temu.

Katanya, warga emas juga diminta mengelakkan berada di kawasan sesak.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar Rt negara kembali kepada nilai 1.0 semalam.

Dua wilayah dan empat negeri mencatat nilai Rt melebihi 1.0 iaitu Putrajaya (1.16), Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.01).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini