Kerajaan mempertimbangkan semula kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 sehingga 2024 untuk mengurangkan beban rakyat.
 
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan telah membuat keputusan mengenai tarif elektrik untuk tempoh tiga tahun, yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan, kemungkinan kadar tarif elektrik untuk pengguna industri dan komersial, akan ada pengubahsuaian.

Pada perkembangan yang lain beliau berkata, semua bekalan elektrik di lokasi yang terjejas banjir termasuk Selangor dan Pahang telah pulih 100 peratus iaitu yang menggunakan aliran biasa serta jana kuasa mobil.
 
Ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam tempoh untuk membaik pulih tiang elektrik yang terjejas dan melibatkan kos ratusan juta ringgit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini