Seramai 22.3 juta individu atau 95.7 peratus populasi dewasa lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 22.8 juta atau 97.8 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 122,142 dos vaksin harian diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50.3 juta dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam seramai 2.1 juta individu atau 69 peratus telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 83.2 peratus atau 2.6 juta individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja.

Sejumlah 56,493 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 407, 607 dos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini