Jabatan Perangkaan Malaysia-DOSM sedang melaksanakan Kaji Selidik Penilaian Impak Bencana Banjir, melibatkan kawasan terjejas di negara ini.

Kaji selidik bermula semalam hingga 12 Januari ini dilaksanakan secara bersemuka selain penilaian berdasarkan pemerhatian.

DOSM memaklumkan, kaji selidik bertujuan menilai impak bencana banjir dari segi nilai kos kerosakan dan kerugian.

Pada masa sama, ia akan turut mengumpul dapatan  berkaitan kerosakan di tempat kediaman dan premis perniagaan.

Maklumat lanjut mengenai kaji selidik berkenaan, hubungi DOSM menerusi emel tertera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini