PERKESO dan Jabatan Perangkaan menjalankan Kajian Perlindungan Keselamatan Sosial bagi Rakyat Malaysia yang Bekerja Di Luar Negara.

Buat permulaan, kajian memberi fokus kepada warganegara yang bekerja di Singapura, sebagai usaha membina jaringan keselamatan sosial lebih komprehensif.

Kajian tersebut akan membina ekosistem profil, mengumpul maklumat serta mengenalpasti keperluan rakyat yang bekerja di republik itu.

Isu berbangkit turut dikenalpasti agar tindakan susulan bersesuaian dapat dicadangkan.

Dianggarkan 150,000 rakyat negara ini akan terlibat dalam kajian tersebut, terutama individu yang berulang-alik secara harian ke Singapura untuk bekerja, sebelum pandemik melanda.

Individu yang menepati kriteria ditetapkan, dimohon berkongsi input melalui soal selidik yang dilaksana secara dalam talian.

Kajian bermula hari ini hingga 28 Februari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini