Seekor burung kakaktua bernama Max memiliki paruh titanium robotik cetakan tiga dimensi (3D) setelah ia kehilangan paruh sebenarnya dalam satu pergaduhan dua tahun lalu.

Trevor Glover, 75, yang merupakan pemilik rumah perlindungan burung mengambil Max sebagai anak angkat kerana selalu dibuli oleh burung yang lebih dominan dalam kawanannya.

Max,Glover terinspirasi daripada dokumentari berkaitan haiwan yang mempunyai anggota badan palsu melalui pembedahan dan berfikir bagi mendapatkan paruh baharu buat Max.

Pakar bedah memasang logam itu pada paruhnya yang kudung dalam operasi selama 90 minit.

Burung berusia 20 tahun itu kini mampu makan makanan pejal dan membengkokkan palang sangkarnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini