Kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, sesi persekolahan akan berlangsung hingga 11 Mac 2023.

Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan  hingga 12 Mac 2023.

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi Kumpulan B.

Maklumat mengenai sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini