Selepas sebulan berteka-teki mengenai status perkahwinan, pasangan sensasi, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, akhirnya mengumumkan sudah sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu.

Hanya dua kali lafaz, pasangan mempelai ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin bersama jurunikah pada Ahad.

Kedua-duanya diraikan dalam majlis bertemakan dalam taman di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Uqasha.

Majlis tersebut dihadiri ahli keluarga serta teman rapat pasangan mempelai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini