Kerana terlalu sayangkan haiwan peliharaan, seorang wanita dikenali sebagai Dora sanggup membawa kambing kesayangannya pulang ke kampung.

Kambing itu pula seperti faham dan hanya tidur di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke kampung halaman.

Menurut Dora, Video tular itu dirakam pada 17 November lalu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Setiawan, Perak menuju ke Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi di ibu negara.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa kambingnya yang dinamakan Gegirl itu merupakan salah satu daripada enam ekor kambing peliharaannya.

Kambing baka kacukan Jamnapari dan boer yang baru berusia lebih sebulan itu dijaga sejak hari dilahirkan kerana ‘dibuang’ keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini