Misi pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022 (KAME 2022) pada tahun hadapan ke puncak tertinggi dunia, tepat pada waktunya selepas tertangguh selama dua tahun berikutan pandemik Covid-19.

Misi yang menggabungkan pendaki pelbagai kaum termasuk orang kurang upaya (OKU) kini sedang melakukan persiapan pendakian yang dijadualkan April  depan.

Selepas berjaya menakluk puncak Everest pada tahun 2016, pendaki Everest Malaysia , Azim Afif Ishak , kini mengetuai misi pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022 dengan membawa tujuh pendaki utama dari pelbagai latar belakang.

Ia turut mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menyifatkan misi berkenaan mampu mengembalikan semangat perpaduan dan kenegaraan dalam kalangan rakyat.

Ahmad Faizal bercakap demikian pada sesi kunjungan hormat pasukan KAME 2022 di Putrajaya bagi memberi sokongan kepada misi tersebut. KAME 2022 menampilkan tujuh pendaki termasuk seorang peserta OKU yang bakal menjadi OKU pertama negara ini menawan puncak tertinggi dunia itu setinggi 8,848 meter jika berjaya dalam pendakian ke Gunung Everest tahun hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini