Kampung Karak Setia, Bentong, Pahang menjadi projek sulung pelaksanaan Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022.

Projek yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tempoh hari melibatkan 20 buah rumah penduduk dengan peruntukan sebanyak RM15,000.

Hasrat itu ternyata mendapat reaksi positif penduduk setempat yang terjejas di kawasan berkenaan.

Azizah Baba berbesar hati dengan bantuan yang disalurkan kerajaan.

“Mereka membuat tindakan yang cepat, pantas dan saya lihat memang sepatutnya mereka berbuat gitu kerana  tempat ini teruk sangat banjir lumpur memang lah diluar jangkaan kami”.

JKKK Karak Setia, Encik Basir Bakar Teli turut menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang banyak membantu penduduk kawasan itu.

“Saya sebagai JKKK Kg Karak Setia mengucapkan terima kasih kpd ICU kuantan dan agensi agensi lain yang membantu Kg Karak Setia yg dilanda bencana. Salah satu bantuan pasca banjir ini ada 20 buah untuk dibaiki dan ada beberapa yang akan kita buat selepas ini”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini