Kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mula menerima vaksin masing-masing, di Kanada. Pusat Konvensyen Montreal menyaksikan sebilangan kanak-kanak, antara penerima pertama dos Pfizer.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan Montreal, Jean-Nicolas Aube memaklumkan, janji temu vaksin untuk kanak-kanak di Quebec terus mencatat peningkatan,  sejak kerajaan memberi kelulusan bagi vaksinasi paediatrik. Dalam tweet Ketua Menteri Quebec Francois Legault pula memberitahu 115,300 janji temu untuk vaksinasi paediatrik dibuat dalam tempoh hanya beberapa jam.

Sambutan yang diterima di Ontario, juga menggalakkan. Datuk Bandar Toronto, John Tory berkata, beribu-ribu kanak-kanak akan menerima imunisasi terbaik dalam tempoh beberapa minggu akan datang, bagi melindungi diri daripada COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini