Aksi seorang kanak-kanak 11 bulan menjadi perbualan ramai kerana kehebatannya bermain ‘snowboard’.

Wang Yuji dari China tangkas bermain permainan itu di sebuah resort berhampiran Beijing yang akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 nanti.

Menerusi video tular, Yuji dilihat bersahaja meluncur menerusi trek bersalji sambil menepuk-nepuk tangannya.

Difahamkan, percubaan pertama kanak-kanak tersebut bermain ‘snowboard’ bermula beberapa minggu lalu dalam satu percutian keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini