Venezuela memulakan vaksinasi terhadap kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun dengan vaksin Soberana 2.

Presiden Delcy Rodriguez berkata, vaksin Abdala buatan tempatan, Soberana 2 dan Soberana Plus memiliki kadar keberkesanan lebih 90 peratus.

Di Venezuela, penggunaan vaksin Soberana 2 buatan Cuba sudah mendapat kelulusan untuk menyuntik kanak-kanak berusia antara 2 hingga 11 tahun. 

Menurut Rodriguez, vaksinasi terhadap kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang lemah sudah dimulakan di sekolah-sekolah di barat Caracas. 

Menteri Kesihatan, Carlos Alvarado yang mengiringi Rodriguez pada pengumuman secara langsung itu menyatakan, terdapat kira-kira, 3.5 juta kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun di negara itu.

Sehingga kini, Venezuela merekodkan 413,135 kes jangkitan dan 4,965 kematian akibat pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini